Thursday 10 September 2015

Contraction tanda bersalin

Assalamualaikum.

Kali ni saya nk share sikit pengalaman saya sendiri bila berlaku contraction nak bersalin.

6 september 2015 (ahad)

7.00malam
Saya start sakit bahagian bawah perut macam senggugut jugak sakit dia kekerapan masa tu tiap 5 minit. Tapi sakit contraction tu masih boleh tahan. Suami tanya nk pergi hospital ke? Saya jawab xpe boleh tahan lagi. Saya pon buat keje rumah macam biasa.. menyapu, lipat pakaian, basuh bilik air, basuh tandas. Sebab orang kata nk bg cepat turun buat keje byk. Haha..

Saya tengok jam dinding masih kekerapan 5minit lagi. Cakap dengan suami kita tunggu sampai kol 12mlm. Kalau masih sama baru g hospital.

12.30am
Saya dan suami bersiap pergi Pusat Bersalin Barakah Bandar Puteri, Klang yg 15minit dari rumah kami. Sampai sana nurse checj bukaan dah 2cm tapi kami disuruh pulang disebabkan wad bersalin penuh.haha. Kami pon pulang.

2.00am
Saya xblh tdo disebabkn kekerapan contraction jadi 3minit ke 2 minit kadang2 1minit. Masa tu saya banyakkan zikir dan urut2 perut ke bawah serta kawal pernafasan. Sakit contraction macam senggugut yg amat sangat.

5.30am
Contraction semakin kerap dan saya rasa nak buang air. Bila buang air sekali kuar darah. Terus ajak suami g Barakah balik.

5.45am
Tiba di Barakah, saya terasa contraction semakin kuat sampai xboleh jalan. Nurse minta baring kat katil bilik doktor sebab labour room ade org tgh bersalin juga. Nurse check dah fully bukaan! Terus sediakn peralatan bersalin dan panggil doktor.

6.00am
Doktor dan nurse semua bersiap sedia utk sambut kelahiran anak kami. Masa saya baring tu xlama air ketuban pon pecah. So bermula lah saat meneran pulak. Dalam 3 kali teran.. Alhamdulillah keluar lah hero kami pada subuh isnin 7 september 2015 , jam 6.15am dengan berat 2.75kg. Sakit contraction, sakit meneran semua hilang sampai doktor jahit pon xrasa dah. 😊😊

Alhamdulillah selesai proses bersalin bermula dengan contraction.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...