Saturday 22 November 2014

Mangga Asamboi Lah! Haha

Assalamualaikum Semua...



Hari ni tetiba rasa nak update pasal mangga asamboi ni. Beberapa minggu yang lepas saje lah buat mangga ni ikut resepi dari Facebook jugak. Rupanya ada sambutan. Semua whatsapp dan call tanya pasal mangga ni. Ada yang suruh pos lagi.. haha... Pos-pos ni x berani lagi sebab makanan kan. Biasa lah makanan ni kena buat dan terus makan. Tak boleh simpan lama-lama..

Ok. ini resepi yang miza amik dari Facebook dan Blog Irine Nadia.. :)


Haa.. Rasa-rasa ada yang terliur x?? 

Mula-mula buat saje-saje untuk diri sendiri.. Pastu atas permintaan kawan-kawan.. miza pon jual lah dengan harga RM5 je satu bekas. Tapi hanya COD area Jalan kebun, Kota Kemuning, Bukit Naga, Shah Alam :) Yang jauh2 tu miza x cod tapi if teringgiiinnn sangat boleh datang rumah :)


Hihi.. Sape-sape yang rasa mengidam / teringin/ terliur tu.. Boleh la order ye..:)
Satu bekas hanya RM5.

Boleh whatsapp / SMS sahaja ye.. 017-3645052 No calling2 tau. Terima Kasih semuaa....

Nak Selit Shaklee Jugak? Boleh KLIK SINI.


Thursday 20 November 2014

Kenali Supplement Detox terbaik



Assalamualaikum semua dan Selamat Sejatera.

Mohon maaf beberapa hari ni saya busy dengan kursus. Malam ni barulah ada masa nak menaip dan berkongsi dengan semua. Ok la malam ni miza nak share berkenaan Detox.

Apa itu DETOX?




Singkirkan Toksin Dengan Set Detox Shaklee

Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan banyak lagi. Jom kenali set detox shaklee ini:

DTX Complex

DTX Complex dari shaklee menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi HATI yang sihat dan memelihara aliran hempedu. Makanan kesihatan ini telah dihasilkan dari gabungan 6 jenis herba terpilih dengan antioksida dan telah diuji secara klinikal untuk mengekalkan sel-sel hati yang sihat.



Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana-mana. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

Selain itu boleh juga mengambil Alfalfa.


Agen Detox
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mengandungi enzim yang tinggi dalam membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  • Melegakan sembelit
  • Terkenal sebagai purifier untuk darah dan hati daripada bahan kimia dan logam berat
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Membuang angin dalam badan (Toksin punca angin berlebihan dalam badan)
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan. (Toksin juga membuatkan badan lesu dan lemah)
  • Melegakan elergi dan ekzema
  • Meneutralkan asid dalam badan (Kealkalian yang tinggi)
  • Meringankan masalah badan, kaki dan nafas berbau
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika ingin membuat pesanan KLIK SINI!

Friday 14 November 2014

Mission Board Saya

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semuanya yang sudi nak membaca :)

Harini ni topik miza sekadar penguat semangat untuk yang bershaklee 

Baru-baru ni miza menghadiri "Training New Distributor" di Times Square pada Sabtu yang lepas. Alhamdulillah sedikit sebanyak membakar semangat miza. :)

Sejak miza join Shaklee ni, Alhamdulillah upline banyak mengajar macamna nak berjaya dalam SHAKLEE ni. Ok la.Focus dalam Shaklee ini adalah kerana miza ada Mission Board sendiri kenapa miza pilih SHAKLEE sebagai side income miza sendiri :)



Ini adalah antara Mission Board miza :-

Pertama : Umrah / Haji
Miza teringin sangat nak pergi mengerjakan haji / umrah. Bila tengok gambar kaabah memang menangis. Dengar "Labbaikallahummalabbai" Allahuakbar.. sayu je hati ini. Mungkin belum menjadi jemputan lagi. Tapi harapan miza memang nak sangat pergi ke sana. Dengan izin Allah moga miza dan suami dipilih sebagai tetamu ALLAH. Amin.

Kedua: Kereta Honda CIVIC VTi Sedan
Kereta ni sebenarnya bukan untuk miza. Untuk orang tersayang miza. Orang yang sentiasa ada bila miza susah. Orang yang sentiasa membantu miza. Orang yang paling miza sayang. Bagi miza kebahagiaan miza adalah bila tengok dia tersenyum dan gembira sentiasa. Itu pon dah membuat miza gembira sangat. Semoga hajat miza hadiahkan si dia kereta idaman dia tercapai dengan masuk Shaklee ini.

Ketiga : Rumah Sendiri
Rumah adalah salah satu aset yang perlu ada bagi setiap orang. Disebabkan harga rumah pon melambung tinggi sekarang ini. Sebab itu lah miza nak beli rumah sendiri secepat mungkin. Keselesaan keluarga adalah keutamaan bagi miza. Miza xperlukan rumah dua ke tiga tingkat. Satu tingkat sangat memadai dah dan selesa itu yang penting :) Insya ALLAH

Keempat : Freedom Loan
Disebabkan masa belajar dulu ada ambil PTPTN dan sampai sekarang bayar tak abis-abis. Sebab tu nak abiskan cepat-cepat pinjaman ni. Tiap bulan xnak berhutang dah.Bebas dari hutang baru seronok kan :) Insya ALLAH.

Kelima : Sedekah dan berzakat
Sedekah dan berzakat ni alhamdulillah memang miza dah amalkan setiap bulan sejak miza join Shaklee ni tetapi kuantiti setakat dua ke tiga angka je. Harapan miza bila supaya suatu masa nanti miza dapat sedekah dan berzakat dengan 4 angka setiap bulan. Miza nak bantu keluarga dan orang-orang susah di luar sana.. Insya ALLAH

Oklah dah terjawab kenapa miza nak sangat berjaya dengan SHAKLEE ni. Anda bagaimana? Pernah termimpi x nak ada mission board sendiri. Bila kita ada tujuan buat sesuatu itu. Insya ALLAH kita lebih kuat semangat untuk terus BERJAYA!!!

Saya, Senior Supervisor Siti Hamizah , Pengguna dan Pengedar Sah Shaklee Malaysia. 
Jika anda ingin majukan diri dan pilih untuk berubah. Jom pilih macam apa yang saya pilih.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.



Monday 3 November 2014

Shaklee Sumbang Ke ISRAEL atau Tidak?



Shaklee Memberi sumbangan kepada ISRAEL atau pon tidak? 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Mungkin sekarang isu BOIKOT memBOIKOT ini senyap buat seketika tetapi perlu saya selitkan juga berkenaan isu ini. Ini adalah kerana isu ini pasti akan timbul setiap kali isu peperangan ISRAEL & PALESTIN. 

Beberapa bulan yang lepas bermacam-macam serangan yang berlaku terhadap rakyat PALESTIN di sana. Apa yang perlu kita buat adalah perbanyakkan doa untuk mereka dan menyalurkan sumbangan seberapa yang mampu. Allahuakbar!!


Dalam hangat isu ini, muncul lg 1 isu LAMA sebenarnya, tp sbb tgh hangat, jadi ramai yg berkongsi, saya tidak menyalahkan mereka, sebab tu saya terpanggil untuk menaip bagi MENERANGKAN keadaan sebenarnya...


haaa....terkejut tak bile tgk gambo ni. Lagi-lagi yang memang dah lame consume Shaklee..selame ni gigih kite boikot Mcdonald, Starbuck, Disebabkan gambar ini menjadi viral kt fb beberapa bulan yang lalu...anda tengok, terkejut, teros share...ade tak korang terpikir nak klik dlu, link yg ade logo shaklee tu tengok die connect pegi mana...
ade? takde? ade? takde?

ok klau korg ade connect maksudnye korg akan di connectkan ke page ni http://kic.myshaklee.com/us/en/shop.s.html




tengok page ni, korg leh click kt about us tu...terus akan keluar yang tuan punye site ni SID, Shaklee Independant Distributor.....

Maknanya, yang SUPPORT tu die, si mamat Kenneth ni.....BUKAN SHAKLEE...macam mana dia tunjukkan support dia, dia wat bisnes Shaklee, untuk dapatkan dana untuk tujuan dia, klau ade yg membeli dengan dia maknanya tu cara korang sokong, usaha dia...Dalam kes ni Shaklee tak halang dia ye, sbb dia guna duit dia sendiri...

Samalah macam SID Malaysia. Kami meyokong Palestine dengan memberikan sumbangan dana ke sana. Kami juga mengeluarkan duit bonus kami untuk membantu Rakyat Palestine dia sana. Itu hak masing-masing dalam membelanjakan duit yang mereka dapat.

Harap rajin2 kan diri siasat dulu, by the way korang faham tak beza maksud SUPPORT tu....klau Shaklee terlibat, dia guna perkataan SPONSOR....betul tak?

Paling penting usaha kita dalam usaha kita membantu saudara2 kite yang sedang berjuang dan berjihad..kite ni belum tentu mampu mengangkat senjata, menghunus pedang, jadi marilah kita menyalurkan bantuan kewangan dan DOA...Ingat ye, Doa itu senjata paling utama kita orang islam, sebab Allah tu Maha Mendengar, ramai2 kite doa diselamatkan, diberikan kekuatan dan dipelihara oleh Allah
saudara2 islam kita....


Nabi Muhammad S.A.W bersabda :-
"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)





Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

KLIK SINI untuk cerita ISU ISRAEL>PALESTINE>SHAKLEE

Pembakar Lemak yang Berkesan!!



Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua....

Tahniah untuk yang berjaya berpuasa hari ni sempena 10 Muharram 1436H (Hari Assyura) di mana ganjaran pahalanya Allah ampunkan semua dosa yang terdahulu.. InsyaALLAH..

Harini miza nak share topik pasal Pembakar Lemak dalam Shaklee ni. Ha... iaitu OMEGA GUARD!! Jangan xpercaya omega ni adalah pembakar lemak dalam badan sesuai sangat-sangat lah untuk mereka yang nak KURUSSS tu!! hihi....






Macam mana Omega berfungsi untuk bakar Lemak??


OMEGA GUARD

Omega 3 dan Manfaat kepada Berat Badan:


  • Kandungan asid lemak Omega-3 EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic) menurunkan paras insulin kita, jadi apa-apa kalori tambahan yang kita makan akan dibakar untuk tenaga, bukannya disimpan sebagai lemak badan

  • Omega 3 minyak adalah anti-lipogenic (blok penyimpanan lemak dalam badan anda) dan meningkatkan kadar metabolik anda, jadi anda membakar lemak badan lebih cepat

  • Omega tiga asid lemak menyekat pengeluaran kortisol, hormon yang berkaitan dengan tekanan lemak simpanan yang juga menyebabkan anda menyimpan vs membakar kalori tambahan

  • Asid lemak omega-3 telah terbukti untuk meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam, sekali gus meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lebih banyak lemak

  • Diet yang kaya dengan minyak omega-3 meningkatkan tahap gula dalam darah (hipoglisemia) dan hasilnya, kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk menjalankan urusan seharian

  • Asid lemak omega-3 meningkatkan fungsi hati - organ lemak pengurusan anda
Sebagai nota sampingan, selain daripada faedah di atas Omega 3 asid lemak, terdapat beberapa faedah penting asid lemak lain yang anda perlu mengambil kira:

  1. Omega-6 asid lemak GLA (asid gamma-linolenik) meningkatkan tahap serotonin - bahan kimia otak yang membuat anda makan kurang menurunkan selera makan, rasa penuh & berpuas hati lagi, dan kurang cenderung untuk overindulge
  2. Tonaline atau CLA (asid linoleik conjugated), asid lemak yang berlaku kurang dan kurang dalam daging dan produk tenusu hari ini, meningkatkan kadar di mana badan anda membakar deposit lemak dan membantu anda berkembang atau mengekalkan jisim otot anda.
.............................................................................................................

Tuan Punya BLOG:

Siti Hamizah
SID:1086169
017-364 5052
mummyzavitamin.blogspot.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...