Wednesday 30 September 2015

Atasi Buasir semasa mengandung dan selepas bersalin

Apa itu Buasir?



Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar. 

Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda. 

Simptom-simptom lain yang boleh dikesan adalah:

-  Darah merah terang selepas anda membuang air.
-  Gatal di sekeliling dubur.
- Atau rasa seperti ada sesuatu yang terkeluar di dubur.

Haa.. jangan xtahu, miza sendiri sebenarnya terkena buasir ni. Mula masa hamil trimester ketiga perasan kat bahagian dubur sakit dan susah nak duduk. Masa tu ingatkan memang simptom pregnant, so xadalah ambil kisah pon. Tetapi berlarutan sampai lepas bersalin anak pertama. Pergi check doktor oh! Rupanya saya kena Buasir! Takutnya... sebab dengar org cerita pasal buasir ni sampai kena operate. Oh tidak!

Terus google untuk cari #setbuasir dalam shaklee.. Penyelesaiannya adalah set berikut.

1) Omega Guard
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan bengkak.
2) Zinc Complex 

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. Dalam kes buasir ini, zinc complex akan berfungsi untuk merawat luka akibat buasir itu tadi
3) Ostematrix

OsteMatrix adalah lebih daripada sekadar kalsium. Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
Untuk kes merawat buasir, ostematrix akan berfungsi untuk membantu melawaskan penghadaman dan dapat elakkan daripada berlakunya sembelit. Masalah sembelit ketika mana kita sedang mengalami buasir memang tersangat menakutkan sebenarnya. Ngeri dan trauma ketika hendak membuang. 

3 item ini juga ada dalam #setpantang shaklee yang saya akan amalkan sepanjang berpantang ni. No more jamu-jamu ye 😊😊



Alhamdulillah, set buasir shaklee sangat membantu saya.

Anda yang ada masalah sama boleh ikhtiar dan perlukan supplemen ini pm saya

Shaklee Independent
Hamizah |+60173645052
mummyzavitamin.blogspot.com

Monday 21 September 2015

10 Tips mudah bersalin Normal

Alhamdulillah hari  ni dah hari ke 15 saya berpantang. Baby Adha pon tengah nyenyak tido lepas bagi susu. So bolehla luangkan masa menaip blog ni sebelum Adha bangun. ☺☺

Serba sedikit yang ingin saya kongsi bersama bagaimana mudah untuk bersalin Normal. Saya bersalin secara normal dan hanya mengambil masa 15minit sahaja proses bersalin. Alhamdulillah dengan izinNya juga.

Sepanjang mengandung, saya mengamalkan #sethamilshaklee iaitu Vita c, ostematrix, b compkex, vitalea, omegaguard. Selain itu, saya juga mengamalkan minum #minyakkelapadarad'aura. Dan sebagai umat Islam, seharusnya juga suamisteri memperbanyakkan bacaan Quran supaya baby dpt dengar dan juga memudahkan proses bersalin.

Antara Tips mudah bersalin ialah

1. Minum Minyak Kelapa Dara D'Aura 2 sudu sebelum ke hospital.
Amalkan juga sepanjang mengandung bermula 32minggu ke atas.


2. Amalkan pemakanan sihat dan supplement sethamil shaklee serta banyakkan minum air kosong
Memang saya amalkan sejak awal mengandung lagi



3. Banyakkan berjalan. 
Yang ni saya nampak ketara sebab sehari sebelum sakit contraction bersalin, saya dan suami pergi ke Ekspo Pureen di Glenmarie. Haa hambik parking kereta 2.5km jauhnya. Dengan cabaran berdiri lama kat pintu pagar nak masuk. Pastu da pilih pakaian baby beratur panjang pulak sejam setengah untuk buat bayaran. Fuhh!! Memang cabaran! Sape pernah pergi ekspo pureen tu dia taulaa.. haha.. Dah beli nak balik jalan lagi 2.5km ke parking kereta. Lepas tu boleh g jalan2 pulak dekat Kompleks PKNS Shah Alam. Haha.😄😄😄

4. Solat Hajat
Sebelum pergi hospital, saya dan suami sempat melakukan solat hajat 2 rakaat. Masa tu sakit contraction 5minit sekali. So boleh bertahan lagi. 

5. Banyakkan kerja rumah
Masa ni kaki da mula bengkak, tu salah satu tanda nak hampir bersalin, so saya banyakkan buat kerja rumah seperti cuci bilik air, cuci tandas, menyapu rumah dan lipat pakaian.

6. Suami baca Surah Maryam
Semasa saya dah baring kat katil hospital, suami saya membaca surah Maryam bagi memudahkan isterinya mudah bersalin. 

7. Kawal pernafasan
Bila sakit contraction, memang sakit tapi nasihat kak ipar suruh saya kawal pernafasan, alhamdulillah mmg sangat membantu. Bila nk bersalin tu, cuba bernafas guna hidung dan hembuskan guna mulut. Buat banyak kali. Jangan angkat punggung ye bila nak meran tu, takut terkoyak bawah. 

8. Jangan menjerit ketika meneran
Ok, yang ni first saya jerit maklumlah tengah sakit dan lost semua. Rupanya jangan menjerit tau. Ketap gigi dan geramkan sesuatu masa nak meneran tu. Bila masa nak meneran tu? Kita akan meneran bila tgh sakit. Bila xrasa sakit, xpayah meneran, kita rileks. Bila sakit teran balik.

9. Banyakkan zikir
Ok. Ni memang amalan kita sebagai umat Islam. Banyakkan zikir ingat Allah.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin
Rabbi yassir wala tu assir rabbi tammin bil khoir
Allahumma solli ala Muhammad

Dan banyak lagi.. boleh cari dan amalkan 😊😊

10. Minta maaf dan mohon doa keluarga
Paling dekat minta maaf dengan suami dan ibubapa serta mintamereka doakan kita dipermudahkan urusan bersalin.

Alhamdulillah ini adalah antara 10 tips memudahkan kita untuk bersalin. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi, berkat doa semua dan izin Allah memudahkan saya untuk bersalin normal anak pertama.

Saya doakan semua dipermudahkan dalam setiap urusan. Amin




Sunday 20 September 2015

Milk Booster Superb!

SET MENYUSU SHAKLEE.. Milk Booster Saya



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua...
Disini saya nak sharekan fungsi dan kebaikan set menyusu MILK BOOSTER!




OK..jom baca lebih lanjut mengenai set menyusu shaklee ni;


ESP;
  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
  • Memekatkan susu ibu
  • Sebagai milk booster
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  • Mengawal paras kolesterol.
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.Kesimpulannya…
  • ESP membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama utk diserap dengan efektif ke dalam badan. Jadi lambatlah sikit baru nampak kesannya.
Sebaiknya ambil ESP sebagai basic vitamin anda. Kenapa perlu pilih ESP Shaklee? Sebab ESP dijamin bersih & selamat kerana ia non GMO – diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) untuk mengekalkan kualitinya.
Bonusnya kulit gebu, cantik berseri & lebih anjal daripada biasa!



ALFALFA;

Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:
1) Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.2)Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
4) Membantu membuang angin dalam badan.
5) Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.
6)Melegakan sakit sendi dan belakang
7)Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
8)Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint
9)Memberi kelegaan semasa haid
10)Merawat arthitis
11)Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema
12)Mencuci usus bagi membuang toksik
13)Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
14)Meneutralkan asid dalam badan15)Merawat masalah keputihan pada wanita
16)Membesar dan menegangkan payudara
17)Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
18)Memulihkan urat selepas bersalin
19)Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
20)Meningkatkan stamina seorang suami
21)Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!!
22)Dan banyak lagi untuk disenaraikan
Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.

AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE



OSTEMATRIK

satu biji ostematrik bersamaan segelas susu dan 80 biji badam.
dengan mengamalkan ostematrik ini tiada lagi masalah sembelit,kekejangan otot,simpul biawak dan segala mcm yang berkaitan dengan otot,,,insyaallah,,,,kerana ostematrik ini membekalkan bukan hanya kalsium juga vitamin D yang amat diperlukan oleh tubuh kita bagi membina tulang temulang,,,,
khasiat yang di perolehi jika mengamalkan ostematrik secara konsisten:
~tekanan darah berada di tahap normal.
~melancarkan saraf.
~memberi mood yang baik.
~gigi dan tulang menjadi kuat.
kesan jika kekurangan kalsium:
~kaki dan tangan selalu rasa kebas.
~sering sakit pinggang.
~selalu murung.
~selalu rasa nak marah.
~rasa kejang.

sebab itulah ibu menyusu dan ibu hamil di galakkan mengambil ostematrik ini.anda percaya tak ostematrik ini juga membantu memperbanyakkan susu ibu yang menyusu? hmmm bagi ibu yang menyusu seperti sy sendiri memang ia amat membantu kerana itu ostematrik ini ada di dalam set penyusuan,set kehamilan dan set berpantang.
bila badan segar.tiada masalah kemurungan ia amat membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali sebab itu oste ialah antara vitamin yang dimasukkan ke dalam set 3M....untuk pengetahuan anda! dalam alfalfa juga turut ada kalsium tetapi dalam jumlah yang sedikit.


VITALEA

Penggunaan harian, Vita-Lea boleh:
Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Siapa yang perlukan Vita-Lea?
Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang. Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan. 

Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*


Serba sedikit cadangan untuk banyakkan susu badan bagi ibu2 yang berniat nak fully BF anak. 

#sayapenggunadanpengedarshaklee

Siti Hamizah
Sid: 1086169
Whatsapp : +6017-3645052



Thursday 17 September 2015

Tanda-tanda Bersalin Anak Pertama

Saya bersalin pada 38 minggu 2hari awal dari due date. Apa yang saya boleh kongsi serba sedikit berkenaan tanda bersalin anak lelaki adalah

1. Sakit contraction
Setengah orang akan rasa sakit di bawah perut macam senggugut sejam atau 30 minit. Yang itu mungkin baby comel belum nak keluar. Antara tanda yang paling hampir untuk bersalin adalah kekerapan sakit setiap 5 minit. Anda boleh perhatikan jam dinding kekerapan sakit anda. Sakit itu selama 30saat ke 90 saat. Biasanya kalau pergi check doktor bukaan dah 2cm. Kalau lebih kena bersiap sedia mungkin anda dah nak bersalin.

2. Keluar lendir @ darah dari vagina
Saya setelah sakit contraction tu kuar darah bila buang air. Ha..bila keluar darah tu memang da dekat nak bersalin dan bukaan pon semakin besar. Segera ke hospital.

3. Pecah Air Ketuban
Macam saya, air ketuban pecah semasa dah baring kat katil nak bersalin.huhu.. Airnye keluar laju mcm air sungai. Haha.. Ni pon tanda paling hampir nk bersalin. Segera ke hospital kalau air ketuban pecah di rumah.

4. Baby ke "bawah"
Yang ni kita dapat rasa antara bawah dada dan perut blh letak tgn kita. Da rasa ringan dan kosong kat situ. Ha mungkin anda akan bersalin sehari ke dua hari lagi. Macam saya rasa kosong kt situ. Esoknya da bersalin.haha..

5. Kaki bengkak
Kaki saya mula nampak besar dan bengkak selepas balik dari ekspo Pureen kat Glenmarie. Mana x nya parking kereta dekat 2km jauhnya.. Berjalan pergi dan balik dekat 5km. Huh! Penangan ekspo baby. Balik rumah esoknya kaki start bengkak.haha. Ha ni pon tanda dah hampir bersalin tau.

6. Sakit pinggang dan kejang kaki
Selama seminggu sebelum bersalin memang bakal ibu akan alami sakit pinggang dan kejang kaki. Bila dah hampir sangat sakit tu makin kerap. Nak bangun dari katil pon ya Allah punyalah payah. Sampai kne minta bantuan suami untuk bangun kan.

7. Kerap buang air
Bila baby dah semakin ke bawah. Dia akn menolak pundi kencing ibu. Menyebabkan ibu akan semakin kerap ke toilet. Selalunya berlaku seminggu sebelum nak bersalin. So ibu2 da boleh bersedia nya..

Oklah. Serba sedikit perkongsian tanda bersalin yang saya pernah alami untuk anak lelaki pertama saya. Nak tahu cara saya mengawalnya? Nanti saya share lagi 😊


Wednesday 16 September 2015

Sembelit Semasa Berpantang

Cara atasi sembelit semasa berpantang

Saya masih dalam berpantang 10 hari. Terasa sembelit yang amat sangat sampai susah nak membuang air besar 😣 Sape yang pernah alami dia tahu.. Sakit kan. Sebab orang tengah pantang ni xboleh nak teran sangat takut jahitan terkoyak balik.

Macam2 saya makan untuk kurangkan sembelit tapi belum berjaya. Dua hari tahan sakit nak membuang xlepas. Saya minum kopi, makan buah sunquick, tak boleh juga.

Semasa mengandung dulu saya ada amalkan ostematrix shaklee. So, saya makan semula ostematrix 4biji sebelum tidur. Minum air banyak.

Alhamdulillah dengan izin Allah juga, lepas subuh memang mudah untuk membuang air besar. Lega sangat. 😊😊

So ibu2 yang ada masalah sembelit semasa mengandung & semasa berpantang boleh lah mencuba ostematrix shaklee ni. In sha Allah sangat mudah dan melancarkan pembuangan serta mengurangkan rasa kejang kaki.


Ostematrix shaklee

Satu lagi kalu sembelit jugak boleh tambah sustained release vitamin C. Ianya juga kaya dengan vitamin c yang membantu penghadaman kita. Sangat elok diambil kedua-dua ni (ostematrix & vitamin c) 




Saya pengguna & pengedar shaklee 

Siti Hamizah
SID : 1086169
Whatsapp : 017-3645052


Thursday 10 September 2015

Contraction tanda bersalin

Assalamualaikum.

Kali ni saya nk share sikit pengalaman saya sendiri bila berlaku contraction nak bersalin.

6 september 2015 (ahad)

7.00malam
Saya start sakit bahagian bawah perut macam senggugut jugak sakit dia kekerapan masa tu tiap 5 minit. Tapi sakit contraction tu masih boleh tahan. Suami tanya nk pergi hospital ke? Saya jawab xpe boleh tahan lagi. Saya pon buat keje rumah macam biasa.. menyapu, lipat pakaian, basuh bilik air, basuh tandas. Sebab orang kata nk bg cepat turun buat keje byk. Haha..

Saya tengok jam dinding masih kekerapan 5minit lagi. Cakap dengan suami kita tunggu sampai kol 12mlm. Kalau masih sama baru g hospital.

12.30am
Saya dan suami bersiap pergi Pusat Bersalin Barakah Bandar Puteri, Klang yg 15minit dari rumah kami. Sampai sana nurse checj bukaan dah 2cm tapi kami disuruh pulang disebabkan wad bersalin penuh.haha. Kami pon pulang.

2.00am
Saya xblh tdo disebabkn kekerapan contraction jadi 3minit ke 2 minit kadang2 1minit. Masa tu saya banyakkan zikir dan urut2 perut ke bawah serta kawal pernafasan. Sakit contraction macam senggugut yg amat sangat.

5.30am
Contraction semakin kerap dan saya rasa nak buang air. Bila buang air sekali kuar darah. Terus ajak suami g Barakah balik.

5.45am
Tiba di Barakah, saya terasa contraction semakin kuat sampai xboleh jalan. Nurse minta baring kat katil bilik doktor sebab labour room ade org tgh bersalin juga. Nurse check dah fully bukaan! Terus sediakn peralatan bersalin dan panggil doktor.

6.00am
Doktor dan nurse semua bersiap sedia utk sambut kelahiran anak kami. Masa saya baring tu xlama air ketuban pon pecah. So bermula lah saat meneran pulak. Dalam 3 kali teran.. Alhamdulillah keluar lah hero kami pada subuh isnin 7 september 2015 , jam 6.15am dengan berat 2.75kg. Sakit contraction, sakit meneran semua hilang sampai doktor jahit pon xrasa dah. 😊😊

Alhamdulillah selesai proses bersalin bermula dengan contraction.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...