Monday 29 September 2014

Recognition Part 2

Kenapa ada Part 2? haha.. sesaje nak buat sambungan kisah semalam. Ok sambungan dari cerita semalam Senior Supervisor

Ok miza nak terang sikit pasal Rank dalam Shaklee ni. Bermulanya kita berdaftar kita adalah Distributor kemudian barulah boleh untuk naik Rank seterusnya. Tetapi untuk naik Rank ada syarat2nya.. hihi :) Tapi jangan risau.. mudah je sebenarnya sebab miza sendiri dah buktikan dalam masa sebulan je dah boleh naik Rank. Nak tahu rahsianya?? Kena lah pm kan.. Nama pon Rahsia.. hihi..

Ok ni turutan Rank dalam Shaklee :

1. Supervisor
2. Senior Supervisor
3. Coordinator
4. Senior Coordinator
5. Key Coordinator
6. Senior Key Coordinator
7. Master Coordinator

Miza baru dapat Rank no. 2.. Ada 5 Rank lagi untuk capai kemuncak!. Tapi insyaALLAH dengan izin Allah miza sendiri nak usaha untuk capai lebih lagi. Bukan duit2 rank yang dikejar sebenarnya.. Tetapi Kejayaan dalam sesuatu itu yang perlu kita ambil. Apa yang kita ada kita kongsi bersama semua.. Sama-sama boleh berjaya kan! :)

Mulanya miza sebagai Distributor biasa January 2014. Naik Supervisor pada Februari 2014. Dan pada Mac 2014 miza terus naik Senior Supervisor bila dapat melahirkan seorang leader baru SITI HASLINDA a.k.a Anak Shaklee Pertama miza :) merupakan kakak kandung miza sendiri.. 

Eh jap! Nak share serba sedikit kenangan bersama leaders perjuangan :)

Kanan Victor [Miza & suami] Kiri Victor [My mummy Nadia] yang hero tgh tu anak sulong Nadia..hihi
Ok yang ni Group Leader dari depan Kak Dal , Kak Aida [My Greatnanny], Nadia [My Mummy], Kak Nini [My Nanny] , Kak Nadian, Kak Asha, Yang comel molek bawah tu saya lah.. hihi :)
Yang ni gambar dari blog mummy Miza.. hihi beautyhealthymummy 

Senior Suervisor. Alhamdulillah :) Sebab apa ada dua? Sebab suami pon dapat apa yang kita dapat.. Best kan? :)

Haa... Yang ni di ambil dari jarak jauh.. Ramai kan? Ramai sangat2 lah. Ni pon dipecah2 naik sikit2.. Ha.. Cari lah miza kat mana..hihi Credit photo : kakak iparku :)
Reben & Sijil Shaklee :)

Ok lah. banyak lagi nak cerita kat sini.. Nak tahu lebih mendalam berkenaan Shaklee ni.. Jangan malu jangan segan, Pm / whatsapp miza laju2.. InsyaALLAH miza bantu mana yang termampu :)

Siti Hamizah
SID:1086169
017-364 5052
FB: Siti Hamizah
Blog : mummyzavitamin.blogspot.com

Sunday 28 September 2014

Recognition & Motivally Rally 2014

28 September 2014
3 Zulhijjah 1435H

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, harini miza rasa bersyukur dan gembira sangat2 sebab tersenarai dalam penerima anugerah Shaklee sebagai Senior Supervisor ala ala Mini National Conference (NC) lah. hihi.

Majlis berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada jam 2.00pm hingga 5.00pm.
Ini lah antara salah satu impian dan permulaan untuk semua Shaklee Independent Distributor.

Permulaan dan selangkah yang baru sebelum menjadi Master Coordinator. Memang bukan mudah dan terlalu banyak cabaran untuk menjadi master Coordinator.

Apa yang miza nak dalam Shaklee ini adalah dapat membantu ramai orang untuk kekal sihat dan cantik serta dapat menolong ramai orang untuk sama-sama menjana pendapatan. 

InsyaAllah Shaklee menghargai Leaders semua.. :)

Antara kenangan yang dapat miza ambil semasa majlis berlangsung.


Presiden Shaklee International


Bershaklee untuk kegunaan sendiri dan membantu ramai orang untuk merasai kesihatan yang lebih baik. InsyaALLAH

Baca lagi>>>>> Recognition Part 2

Saturday 27 September 2014

Migrain?

Bismillahirahmanirrahim... 

Setiap orang seringkali mengalami masalah yang sama iaitu tekanan, stress tempat kerja, sakit kepala yang keterlaluan, Miza sendiri mengalami masalah yang sama ketika masa dahulu. Asyik nak telan Panadol je,. Tetapi sekarang ni sejak kenal shaklee ni.. Miza beralih arah untuk makan supplement sebabnya supplement bukanlah ubat tetapi makanan tambahan yang membantu badan kita. 


Kenali PUNCA  MIGRAIN berlaku:
1. Kesan daripada alahan seseorang
2. Silau akibat lampu yang terang
3. Bunyi yang terlalu kuat
4. Bau wangi yang terlampau kuat
5. Tekanan fizikal atau emosi
6. Waktu tidur yang tidak teratur
7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8. Stres
9. Menahan lapar
10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.



Perlu kita ketahui terdapat beberapa jenis migrain/sakit kepala ini:
1 ) Sakit kepala di sebabkan tekanan emosi
2)  Sakit kepala di sebabkan migrain
3 ) Sakit kepala di sebabkan sinus


Untuk mengelakkan MIGRAIN berlaku ELAKKAN daripada:
>>Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
>>Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
>>elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
>>Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
>>Stress dan tekanan
>>Jadual tidur yang tak tetap
>>Melambat-lambatkan waktu makan dan membiarkan perut kosong terlalu lama

Oleh itu, Miza mencadangkan anda untuk mengambil Set Migrain iaitu B COMPLEX dan OSTEMATRIX

SET MIGRAIN SHAKLEE



1) Ostematrix.-Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala.Magnesium daoat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine. Lagi satu, Ostematrix ni sangat2 bagus untuk membantu kita untuk tidur lebih lena.

2) B complex - mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan gejala stress,strok dan depressi.Juga sangat terkenal dengan jolokan "painkiller semulajadi"

Pengambilan makanan yang betul dan berkhasiat serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan rehat/tidur yang cukup mampu membantu mengurangkan masalah ini serta pengambilan supplement juga dapat membantu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apakah PCOS?


APAKAH PCOS - PUNCA PERIOD TIDAK STABIL
-------------------------------------------------------------------
Bismillahirrahmanirrahim.. Harini miza nak share berkaitan dengan masalah PCOS yang ering kali menyerang wanita.

´Polycystic ovary´ atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.

Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
-----------------------------------------
TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS
------------------------------------------------

1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin – masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.

2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit – hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut – juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini.


Kami mencadangkan untuk anda menggunkan GLA COMPLEX SHAKLEE / ALFALFA SHAKLEE / OMEGA GUARD SHAKLEE bagi membantu mengurangkan masalah PCOS. 


GLA Complex - GLA (gamma-linolenic acid)  juga terdapat dalam EPO (Evening Primrose Oil) yang banyak terdapat di pasaran. Perbezaannya, GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO dan ia 3 kali lebih berkesan dari EPO. Ia berfungsi untuk menstabilkan hormon wanita, menormalkan period dan juga mencantikkan kulit. 

Alfalfa Complex - ‘raja segala tumbuhan’ yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ia membantu menghilangkan keputihan pada wanita yang menyebabkan sukar hamil, mengurangkan ‘period pain’, bertindak seperti kacip fatimah untuk wanita. Ia juga membantu melegakan keletihan, mengatasi sembelit, eczema, resdung dan lain-lain.

OmegaGuard - minyak ikan paling tulen di dunia berbanding jenama minyak ikan yang lain. Ia mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Ia mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita, meningkatkan sistem imun badan, mencegah kanser, membantu mengurangkan tekanan, mengawal masalah obesiti dan lain-lain.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Thursday 25 September 2014

ProSante

Lightweight Conditioner

Kod Produk:31643 (296ml)
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menyebabkannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur agar rambut tampak lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut lebih mudah digayakan dan diuruskan 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Long Lasting Finishing Spray

Kod Produk:31697 (237ml)
  • "Medium hold" atau “ketahanan sederhana” mengekalkan pilihan gaya rambut
  • Memberikan perlindungan UV
  • Merapikan rambut yang kusut, kering dan sukar diurus. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nourishing Scalp Treatment

Kod Produk:31642 (59ml)

Produk teras dalam Sistem Penjagaan Rambut Pro Santé adalah Nourishing Scalp Treatment yang padat dengan formula eksklusif Scalp Health Complex kami.
Nourishing Scalp Treatment menangani punca masalah rambut dengan rumusan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan pengaliran darah, melindungi daripada kesan negatif faktor persekitaran serta membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E serta Koenzim Q10 melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran
  • Bertindak lembut untuk menghasilkan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan rambut
  • Formula tanpa bilas memudahkan penggunaan, malah rambut boleh digayakan mengikut cita rasa anda tanpa mengambil masa yang terlalu lama
  • Tidak menyebabkan rambut melekit atau berminyak
Keunikan Shaklee

ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif yang telah terbukti berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut semasa disikat. Ia juga melebatkan dan menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Purifying Shampoo

Kod Produk:31691 (237ml)
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk penggayaan rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran yang lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semula jadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal penghasilan minyak pada kulit kepala − rambut juga tidak berkelemumur.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Replenishing Conditioner

Kod Produk:31644 (237ml)
  • Pelembap yang pekat untuk memastikan agar rambut sentiasa berkilat dan halus selembut sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan khasiat protein dan humektan asli
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Revitalizing Shampoo

Kod Produk:31690 (296ml)
  • Humektan berperanan melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih berpaten, dengan mekanisme tindakan yang lembut
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa menjadikannya terlalu lembap atau kering
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Enfuselle

Balancing Moisturizer

Formula Bebas Minyak untuk Menyihatkan dan Menghidratkan Kulit

Kod Produk:32537 (59ml)

Formula ringan, bebas minyak dan tidak melekit berupaya mengawal rembesan sebum serta membelai kulit dengan mengimbangkan lembapan agar kulit terasa segar, licin dan berseri sepanjang hari tanpa kilauan
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan lipid
  • Hipoalergenik
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Eye Treatment

Tiada Lagi Garis-Garis Halus dan Kedutan yang Ketara

Kod Produk:32540 (14ml)


Memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap.
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
  • 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
  • 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
  • Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
  • Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit
  • lembut di sekitar mata
  • Sempurna untuk bahagian leher dan bibir
Hipoalergenik dan telah diuji oleh pakar oftalmologi serta selamat untuk pemakai kanta sentuh
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hydrating Cleansing Lotion

Kod Produk:32543 (177ml)

Emulsi berkrim bertindak lembut untuk menanggalkan kotoran, bahan cemar dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semula jadi kulit.
  • Kaya dengan kandungan emolien serta penambahan Vitamin E agar kulit sentiasa halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hydrating Moisturizer

Meningkatkan Tahap Lembapan Kulit Sehingga 24 Jam

Kod Produk:32544 (48g)

Krim yang kaya dengan pelembap, tanpa minyak dan tidak melekit ini bertindak pantas untuk menghidratkan kulit serta menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit.
  • Terbukti secara klinikal
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hydrating Toner

Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Menjejaskan Kulit

Kod Produk:32505 (177ml)

Hydrating Toner membersihkan dan melegakan kulit, serta menyediakannya untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semula jadi kulit, membersihkan dan melembutkan kulit dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Purifying Cleansing Gel

Kod Produk:32554 (177ml)

Gel berbusa bertindak lembut untuk menyingkirkan bahan cemar, mekap dan minyak berlebihan daripada kulit anda.
  • Bahan-bahan khas serta penambahan Vitamin E menyegarkan dan melembutkan kulit
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Purifying Toner

Formula Tiga Tindakan Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

Kod Produk:32504 (177ml)

Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit, serta menyediakannya untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan menghaluskan kulit dengan ekstraklikoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan saiz liang-liang kulit
  • Membantu mengawal kilauan minyak
  • Hipoalergenik
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NutriWhite

Daily Defense Whitening Essence

Kod Produk:14583 (30ml)



Dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli agar kulit terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan:
  • Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
  • Strawberi Begonia untuk meratakan tona kulit
  • Kacang Soya untuk memudarkan dan mengurangkan jeragat dan cela kulit
  • Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
  • Vitamin C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah
  • Tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gentle Action Makeup Remover


Kod Produk:14580 (150ml)
  • Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
  • Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
  • Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gentle Deep Foaming Cleanser



Kod Produk:14581 (150ml)
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Lembut dan menyegarkan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Overnight Renewal Whitening Cream

Kod Produk:14585 (48g)
  • Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit
  • Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
  • Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
  • Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soothing Radiance Whitening Softener

Kod Produk:14582 (150ml)
  • Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit
  • Kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit
  • Marshmallow membekalkan lembapan penting
  • Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Spot Whitening Treatment

Kod Produk:14586 (10ml)
  • Mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit tampak lebih menawan
  • Kepekatan optimum pati Likuoris dan Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ultimate Protection Whitening Lotion

Kod Produk:14584 (50ml)

Rumusan ringan, tidak melekit dan kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari, serta Mountain Arnica untuk melegakan kera dangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wednesday 24 September 2014

GLA Complex


Harga Pasaran : RM 91.25
Kod Produk:10620 (60 kapsul)

Minyak Borej, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E



GLA Complex Shaklee menggabungkan khasiat minyak borej, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Ia mencergaskan tubuh dan membantu anda berasa lebih selesa semasa haid: Asid gamma linolenik telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan melegakan simptom-simptom menopaus.*



Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Tidak boleh diambil oleh wanita hamil    


ORDER       

DTX™ Complex

Kod Produk:10330 (90 kaplet)
Harga Pasaran : RM 155.00



Shaklee DTX™ Complex mengandungi campuran proprietari pelbagai ekstrak aktif daripada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

* Digunakan secara tradisional sebagai tonik hati*

Fungsi hati dalam tubuh kita



Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.          

NutriFeron

Harga Pasaran : RM 181.25Tablet : 30 sachet
Kod Produk:10250 (30 pek x 1.2 g)


Satu-satunya suplemen hasil penyelidikan pakar imun terkemuka, Dr. Yasuhiko Kojima.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.    
       

Hasil Penyelidikan Melebihi 40 Tahun

Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon® selepas menjalankan pelbagai penyaringan, uji kaji dan penilaian terhadap ribuan sebatian dan lebih 200 herba yang berlainan.

Nutriferon® mengandungi campuran proprietari ekstrak tumbuhan semula jadi daripada biji labu, benih plantago, bunga bebuas Jepun dan bunga kesumba.

Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.


Herb-Lax


Harga Pasaran : RM 52.50
Tablet: 120 biji
Kod Produk:11007 


Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.*

Herb-LaxTM bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.          
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...