Thursday 20 September 2018

TIPS BERJAYA WEAN OFF ANAK 3 TAHUN

Assalamualaikum.. 

Di sini mummyza nak share sedikit pengalaman wean off (ceraikan susu) dengan anak Sulung miza Adha .


Untuk pengetahuan, Adha ni dengan miza dari lahir sampai 3 tahun memang susu badan x nak botol even susu yang di pam masuk botol pon xnak. Tapi Adha dekat rumah pengasuh alhamdulillah boleh je minum susu dalam botol.

Ok nak dipendekkan cerita apa miza buat sampai Adha berjaya wean off sepenuhnya?


Tips Wean Off Anak

1. Bagi anak masa menyusu maksudnya kalau dia susu badan setiap waktu cuba jarakkan masa. Miza pesan dekat Adha susu mummy malam sahaja tau. Kalau siang x boleh. Anak umur 3 tahun dia da boleh faham cakap elok2 kat dia. So bila siang Adha minta susu je miza ajak mkn nasi ke ajak main2 dengan sepupu2 dia ke bagi dia lupa pasal susu. Tapi anak ni ingat janji kita tau. Start malam je terus dia cakap "mummy...da malam kankan nak susu '' haha So mak2 jangan lah xbagi pulak 

2. Bila waktu malam cuba minta suami tidur kan anak. Cara ni makan masa jugak sebenarnya hanya boleh lengahkan waktu susu je. Mummyza minta suami tidurkan Adha hampir sejam jugak dia menangis meronta2 xdapat susu. Ha.. masa ni hati ibu kena kental lah.haha. Suami kena mainkan peranan.

3. Bila hari cuti cuba join program apa2 so membuatkan anak tu lupa kejap susu mak dia. Tapi xlama sebab malam jumpa mak dia balik.haha

4. Bagitau anak ulang2 kali bahawa dia dah besar tak boleh susu mummy dah. ulang banyak kali. in sha Allah anak akan paham . Setiap kali nak tido bagitau dia.

5. Kali ni mummyza nekad dah beli botol susu dan susu. Mummyza pilih susu FernLeaf peket kecik je sebab nak tahu anak suka ke tak. Ok dari sini anak nak susu je bagitau kat dia malam ke pagi ke dah tak boleh susu mummy tau . Adha dah besar dah tak boleh dah. Lepas tu bagitau minum dalam botol ya. Alhamdulillah dia mula paham.

6. Setiap kali dia nak susu malam2. kami bangun buatkan susu botol untuk Adha. Alhamdulillah start 1 Muharram 1440H Adha dah wean off sepenuhnya sampai sekarang dia dah ubah ayat dia. "mummy..nak susu botol" haha

7. Banyakkan berdoa minta Allah bantu permudahkan segala urusan antara ibu dan anak. 



Alhamdulillah rasanya ni je lah yang mummyza buat untuk wean off Adha. Ada orang suh letak sos cili la, asam jawa la.. mummyza xbuat macam tu sebab anak anak dah besar kita bagitau hal sebenar je . Ini cara mummyza lah. Terpulang pada ibu2 semua setiap orang lain caranya kan. 

Tapi kena ingat bila nak wean off anak ni adalah masa paling kritikal utk ibu2 bermain dengan emosi dan perasaan antara ibu dan anak.

Adha genap 3tahun masa 7 September 2018


semoga perkongsian ni dapat membantu ibu2 sekalian

coretan : mummyza a.k.a mummyAdha :)


============
Nak cari suplemen Shaklee boleh hubungi mummyza tau 

Wean Off Anak Sulung

Assalamualaikum miza nekad bincang dengan suami untuk wean off Adha . Kami start dr Hari Raya Korban 10 zulhijjah 1439H (22 Ogos 2018) Kami ingat mudah je tapi hanya Allah yang tahu perasaan miza masa tu. Bila siang Adha ok je kadang2 lupa nak minta susu sebab leka main2 dengan sepupu2 dia. Sebab cuti Raya Haji semua sepupu balik rumah nenek.

Tapi bila malam je start drama air mata . Adha minta nak susu dia bila dia nak tidur. Menjerit2 meronta panggil mak dia 😭😭 Mula2 miza menyorok kat dapur. Lama2 sampai dekat 30minit miza surrender masuk bilik susukan Adha. Terus dia senyum dan berhenti nangis .

Hari ke 2 (23 Ogos 2018)
Pagi2 Adha terus minta nak susu nak susu. Miza vuat2 lambat dan duduk depan seterika baju keje Adha dari dalam bilik termenung je pandang miza kat luar dengan muka simpati sangat2 . Allah dalam hati kuatkan hatiku Ya Allah. Adha panggil2 mama... nak susu mama...nak susu. Sampai dalam kereta nak hantar pergi rumah pengasuh dia minta2 . Miza leka kan dia tgk2 luar . Sampai rumah pengasug terus dia dptkan susu botol. Adha kat rumah pengasuh ok boleh minum susu dlm botol cuma dengan miza sehaj dia lahir sampai sekarang 2 tahun 11 bulan x pernah minum botol dah cuba dia still nak “ngempeng” sebab tu kot susah sikit nak wean off dia . petang kami ambil Adha terus pergi rumah nenek dia main2 dengan sepupu dia so, dia xdelah minta susu kat mak dia. Bila semua sepupu da balik malam nak tido drama lagi. Allahuakbar miza da lewat2kan ajak dia main2 bayang2 lampu dia ok lupa nak minta bila nak tidor dia nangis2 minta susu. Jadi kesian miza tak sanggup tengok Adha meronta2 😭😭 So bagi jugak Adha susu sampai Adha tertdo. 

24 Ogos 2018 (hari ke 3 )
Macam biasa petang ok malam nangis2 minta susu dia. Tapi miza stand by susu kotak so dia minta susu miza try bg susu kotak dia minum dan bila nak susu miza cakap kat dia “Adha da besar, xboleh minum susu mummy dah” Adha mcm paham je dia minum air kosong dalam botol. Tapi kejap je nak tido dia drama balik. memang miza lewat2kan bagi masa nak tido je 😭

25 Ogos 2018 (hari ke 4)
Hari ni ada kenduri so sepanjang perjalanan dalam kereta Adha nak tido ada minta tapi miza bagitau dia “Adha da besar xboleh minum susu mummy dah” Muka dia mcm sedih je lama2 dia tertido. Ok je xminta dah lps tu main2 dgn sepupu dia. Bila sepupu semua da balik masuk rumah terus minta nak susu. Menangis2 nak susu. Masa ni suami main peranan bawa Adha jalan2 borak2 dengan Adha. Lama2 dia penat terus tertdo 😭😭

Tapi sebab awal lagi baru pukul 8malam Adha terbangun nampak mummy dia terus tarik2 nak susu . Mummy terus dakap Adha bgtau “Adha da besar xboleh susu mummy dah, mummy sayang Adha” terus peluk2 Adha. Adha terus nangis2 nak susu jugak sampai tenung muka mummy dia 😭😭 sekali lagi suami main peranan bawa Adha keluar borak2 dengan Adha diam kejap jela masuk rumah nangis2 lagi cuma kali ni miza bgtau Adha boleh susu tapi 2jam lagi sebelum Adha nak tido. Dan ajak keluar bagi dia lupa kejap pasal susu . So tanya dia nak g mana. Adha request KFC kami pon bawa keluar . Lepas tu balik rumah miza terus menyorok Adha dengan suami sampai tertido. Tapi tengah malam Adha terjaga lagi cari mummy dia 😭 Allah terpaksa susukan jugak sebab td da janji bg Adha tempoh masa.

Bersambung KLIK SINI _--->> BERJAYA WEAN OFF ANAK 3TAHUN



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...