Sunday 14 January 2018

Shaklee adalah produk Halal

Sijil halal shaklee sentiasa diperbaharui tahun demi tahun. Ini adalah sijil halal shaklee yang telah disahkan sehingga disember 2018

==================
Pengedar Sah Shaklee

Hamizah
Whatsapp 017 364 5052

Cod area
Jalan kebun
Shah alam seksyen 13
Kota kemuning
Bukit Naga
Taman medan

Saturday 13 January 2018

Nasi Arab Maglubah campur beriani

Assalamualaikum semua.. mummyza pada asalnya nak buat Nasi Arab maglubah tapi cari rempah nasi arab xjumpa2 haha. Yang jumpa rempah nasi beriani. Pon boleh lah. So xtahu nak cakap resepi apa sebenarnya ni haha
.
.
Antara bahan2 A

➡ rempah beriani @ rempah nasi arab
➡ kayu manis, buah pelaga
➡ serbuk lada hitam
➡ rempah kari
➡ serbuk kunyit
➡ serbuk cili

Bahan2 B
Beras 7 pot bersamaan air 1 setengah pot
Ayam potong 4 @ 16 ikut kesesuaian

Antara bahan2 hiasan dalam nasi
➡ bunga kobis
➡ terung
➡ kentang

Cara- cara buat kuah utk masukkan dalam beras

1. Mula2 masukkan semua bahan2 A masak kat api luar dulu anggaran semua 1-2 sudu utk sekali hidangan. Lepas tu ayam yg dah dipotong td ke dlm kuah ni sebelum digoreng.



2. Sambil tunggu kuah tu pekat boleh goreng bunga kobis, terung, kentang yg dah dipotong dadu besar tadi




3. Lepas habis tu toskan ayam dan goreng ayam separuh masak jangan garing sangat


4. Angkat semua yg telah digoreng letak dlm 1 dulang lagi senang



5. Sambil tu basuh beras bersih2, yg ni mummyza guna beras biasa je xsempat nak beli beras basmathi haha. Tapi lagi elok guna beras basmathi la kalau ada bajet lebih .hahaha


6. Sediakan periuk untuk masukkan semua dalam periuk nasi. Miza susun yg dah goreng tadi kentang, terung,bunga kobis bahagian bawah sekali, lepas tu beras, atas dia ayam, beras semula , terung, kentang, bunga kobis lagi dan beras semula. Yang ni akan nampak cantik kalau kita tuang semua sekali dalam dulang πŸ˜„πŸ˜„



7. Lepas da susun semua masukkan kuah td ke dalam periuk ni ikut sukatan 1 pot beras 1.5 pot kuah tadi . Ok agak2 sendiri la ye πŸ˜„πŸ˜„

8. Da siap semua masak dengan HP 12minit sahaja . Lepas tu dah boleh kerja lain pulak kemas2 dapur ke πŸ˜…πŸ˜… sementara nak tunggu masak kan.



9. Bila da sampai 0.00 tunggu sampai asap semua habis keluar kita steam kan pulak dalam 3minit steam ya. Ha lepas tu dah boleh hidang. Mudahkan kalau family datang ramai mmg sesuai sgt lah guna periuk ni. Dan paling best sebab nasi tu tak melekat langsung ! Xyah rendam2 periuk dah lepas ni u olls πŸ˜„πŸ˜„



10. Haaaa last part potong dadu kecik2 utk sayur timun dan tomato gaulkan bersama hirisan lemon tau. Siap !!

Selamat mencuba 😊😊

====================
Sesiapa berminat nak dapatkan produk shaklee boleh hubungi mummyza juga 😊

Penghantaran percuma terus depan pintu rumah anda

Jalan kebun
Kota kemuning
Bukit naga
Taman medan

Dan kawasan berdekatan dengannya

Pengeposan seluruh semenanjung malaysia, sabah dan sarawak

Pengedar Sah Shaklee
Shaklee by mummyza
017 364 5052

Thursday 11 January 2018

Shakleebaby Produk

Shaklee baby produk yang selamat untuk baby anda




Shakleebaby™ memahami keperluan bayi anda dan hanya menggunakan bahan-bahan yang SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK untuk menghasilkan produk penjagaan kulit terbaik untuk si manja anda.

Gentle Wash
============

Menjadikan masa mandi selamat dan menyeronokkan Mengandungi chamomile, lavender dan aloe vera organik, mandian yang lembut ini menenteramkan, menenangkan dan melegakan kulit. Ianya tidak menimbulkan alahan, mempunyai pH yang seimbang dan diuji untuk sensitiviti, sememangnya sesuai untuk mandian yang penuh dengan kasih sayang bagi kulit yang lebih lembut.

Soothing Lotion
==============

Lembut secara semulajadi untuk kulit sensitif. Kekalkan pipi gebu si manja dan kelembapan jari-jemarinya dengan losyen yang lembut ini. Ianya mengandungi chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanila, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organik.

Massage Oil
==========

Campuran organik yang menenangkan. Minyak urut yang sangat lembut ini sememangnya sempurna untuk mengurut bayi anda pada bila-bila masa ataupun untuk digunakan sebagai pelembap selepas mandian. Mengandungi minyak biji bunga matahari, lavender dan chamomile, ia memberikan sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang.



Nak dapatkan produk yang selamat untuk baby ? Terutama baby yg alergic dengan bahan2 kimia? Produk shaklee bebas kimia dan selamat untuk semua

Saya 

Pengedar Sah shaklee shah alam

Siti hamizah
Cod  shaklee shah alam
Cod shaklee jalan kebun
Cod shaklee kota kemuning

Whstapp ➡ 017 364 5052 

Sekarang !!!

Thursday 4 January 2018

Percutian Kuala Terengganu (30.12.17 - 1.1.18)

Assalamualaikum.. bismillahirrahmanirrahim...
.
Alhamdulillah penghujung tahun 2017 berkesempatan bercuti bersama suami dan anak ke Terengganu. Hanya plan beberapa hari je rasa nak bercuti dekat2 pulau ada pantai dan swimming pool sebab nak bagi anak mandi.

Google2 sekali terjumpa la Kuala Terengganu yg ada macam2 tempat menarik dan paling best pantai dia area Pantai Batu Burok.

Kami buat keputusan untuk menginap yg berdekatan pantai. Oleh itu kami pilih Batu burok Beach Resort memnag dekat sangat2 dengan pantai.

Kami gerak dari Jalan kebun shah alam kira2 jam 8.30pagi. Masuk NKVE, DUKE, karak  terus ke Lebuhraya Pantai Timur. Sepanjang perjalanan lengang xbanyak kereta pon . X jem langsung. Tapi ! Jangan laju sangat ada 2 speed track tau. Hati2 😊😊
.
Kami hanya berhenti di hentian PAKA jam 1.00petang utk makan, solat jamak zohor asar . Lepas tu disebabkan kurang stesen minyak kami masuk Exit Dungun. Isi minyak kat dungun dan teruskan perjalanan kira2 sejam lagi untuk sampai ke resort kami.
.
Alhamdulillah kira2 jam 3.30petang jugakla kami sampai. Sampai je check in dulu lepas tu rehat kejap. Dalam pukul 5.30petang kami pergi pantai. Dekat sangat2 resort dengan pantai tau.

Ombak pantai kuat sangat2 sebab tgh musim tengkujuh so xboleh mandi pantai. Best sangat2 kat sini kawasan dia xkotor bersih dan angin kuat masa kami datang. Bila petang2 ni kawasan pantai banyak org jual2, untuk anak2 pulak banyak permainan boleh main. Meriah lah sangat2.

Boleh naik kuda pusing2 pantai sikit je . Lepastu Adha naik kereta pusing2


Banyak sangat2 permainan dia jadi meriah ramai orang datang sini. 

Sepanjang petang tu kami jalan2 pusing pantai je 😊 

Bukan main lagi abah adha dengan adha ye.. 

Bila puas jalan2 pantai kami ke swimming pool pulak. Adha dengan abah dia jela yang mandi . Swimming pool pon ok bersih sebab setiap pagi ada pekerja yg bersihkan kolam.





Puas mandi kami pon blk bilik siap2 untuk solat jamak maghrib isyak pulak. Selesai solat kami cari makan malam area luar resort. Jalan kaki je nak pergi makan xrisau sebab banyak kedai makan kat sini tau.


Saje la try siakap stim dia. Boleh tahan la. Tapi xsama mcm katvtempat sendiri. Hihi sebab kat terengganu ni lebih kepada makanan nasi kerabu, nasi dagang, nasi minyak .


Kalau ada kanak2 sesuai dtg sini byk tempat rekreasi untuk anak2 tau. Lepas tu jalan2 tepi pantai malam2 sejuk dengar ombak kuat sangat2. Rasa tenang je kat sini tempat dia pon bersih tau.

====================
Hari kedua Ahad (31.12.2017)

Hari kedua memang kami berjalan keluar je. Antara tempat2 menarik kat kuala terengganu ni 

Pasar Payang

Kalau siapa pernah pergi pasar siti Khadijah kelantan, ha pasar payang ni lebih kurang la . Kalau nak cari baju tshirt baju batik kan batik semua ada πŸ˜…πŸ˜… parking dia berbayar minimum 3jam RM1.80 korang rasa lama kan. Tapi kalau dah pusing2 dlm ni xterasa pon dah 3jam haha.

Waterfront

Tempat ni depan sikit dr pasar payang  sini kami puaing2 je meriah time malam kot.


Masjid Kristal


Kami sampai sini dah pukul 1pm so, kami sempat solat jamak zohor dan asar kat sini. Tapi xboleh masuk dlm. Ada ruangan solat kat luar masjid tu.

Alhamdulillah

Taman Tamadun Islam

Nak masuk dalam ni berbayar masa kami pergi ni dewasa RM22.90 seorang ada FREE MEAL, Adha free.

Dalam ni ada banyak binaan masjid2 seluruh dunia. Masa kami dtg ni hujan so xdpt lama sangat kat sini

Antara masjid2 yg ada




Selesai lawat2 kat sini kami terus gerak ke perkampungan losong utk servey keropok losong xbeli dulu sebab nak beli masa nak balik nnt hihi. Perkamoungan losong dengan tamadun islam ni xjauh dah

Habis dari kampung losong kami terus ke Masjid Terapung pula, ha Masjid Terapung ni jauh sikit lah kena lalu depan resort kami mcm nak patah balik ke kuantan. 


Masjid Terapung



Masa ni adha dah tidur so mak pak dia je bergambar haha. Alhamdulillah berkesempatan solat sunat, mengaji sikit dan iktikaf di sini dalam sejam setengah jugak . Allah tenang rasa.. dan toilet dia bersih sangat2 ! 

Alhamdulillah.. hujan masih renyai-renyai kat sini. Dah petang kami terus balik ke resort sambil jalan2 tepi pantai 😊😊

Malam mcm biasa lah lepas solat jamak maghrib isyak kami jalan2 tepi pantai sambut tahun baru kat sini makan malam pon kat sini je jalan kaki je. Malam tahun baru angin kuat sangat2 sejuk yg amat. Ombak pantai yg sangat kuat berdebar rasa. Tapi yakin Allah ada in sha allah x ada apa2.

==================================

Hari ketiga Isnin (1.1.2018)

Alhamdulillah selamat tahun baru dari kami bertiga 😊 (Adha, abahAdha, mummyAdha) hihi

Pagi2 lagi kami dah siap2 ke Pasar payang semula nak beli barang2 utk kali terakhir bestnya sebab dekat ngn resort . Lepas tu kami ke Kampung Losong beli losong utk sedara mara utk bawa balik. 

Kami check out pukul 12.00pm sebelum balik mesti lah bergambar dekat pantai kan! Hihi



Alhamdulillah tamat dah percutian 3 hari 2 malam. Tapi ada banyak tempat rupanya miza xsempat pergi mcm warong pok nong yg ada ikan goreng tepung, bayam goreng tepung, Kalau tanya miza nak pergi terengganu lagi ke? Off cos lah nak pergi lagi2 pantai dia yg cantik dan bersih keadaan persekitaran yg bersih tiada sampah sarap dan paling penting sangat2 tenang.  

Semoga perkongsian ini membantu sahabat2 untuk mencari tempat percutian yang menarik di kuala terengganu 😊😊

Sekian terima kasih 😊
=============================================

Ada sesiapa mencari suplemen shaklee ? Boleh sms @ whatsapp miza juga
.
Pengedar dan pengguna shaklee
Siti hamizah
017 364 5052

#shakleebymummyza #adhaketerengganu #alhamdulillah






Cara masak spagetti mudah dan cepat

Haii Assalamualaikum, balik keje tadi terpikir nak masak apa hari ni. Haha. Nak kurangkan makan nasi malam2, so terpikir lah nak buat spageti.
.
Sebelum sampai rumah singgah la Aeon big berdekatan area rumah ni beli apa yang patut.
.
Ok kita senaraikan dulu apa yang perlu ada. Yang miza punya simple je tau. Next time masak complete perisa πŸ˜…πŸ˜…
.
Antara yang penting
1. Ofcos spagetti
2. Sos prego
3. Daging @ ayam kisar
4. Lada benggala
5. Sosej
6. Secubit garam
7. Air masak
8. Bawang putih
9. Bawang merah
10. Bawang besar / holland

Cara buat spagetti
1. Panaskan air. Selepas air dah didih masukkan spagetti dan biar sampai lembut
2. Tos dan angkat asingkan

Cara buat kuah
1. Panaskan minyak
2. Tumin bawang putih & merah @ bawang holΔΊand
3. Masuklan sos prego
4. Masukkan daging atau ayam kisar
5. Masuklan sosej dan lada benggala
6. Kacau sehingga empuk
7. Tambah secubit garam dan air  asak
8. Rasa dah sebati tutup api angkat lah haha
.
Lepas tu tuangkan atas spagetti yg dah tos tadi. Haa siap lah hidangan simple semudah a,b,c hihi
.
Maaflah gambar xberapa menarik . Haha camera x berapa cantik πŸ˜…πŸ˜… Ok xsabar nak makan tapi kena tunggu Adha dan abah adha balik dr masjid baru boleh makan sama-sama 😊

Selamat mencuba 😊😊

===========
Kalau sedang mencari suplemen tambahan SHAKLEE boleh hubungi miza tau 😊

Kalau nak cod area Shah Alam atau Jalan Kebun boleh bagitau juga 😊
.
Pengguna dan pengedar shaklee
Siti Hamizah
017 364 5052

Monday 1 January 2018

3 vitamin penting wanita

Assalamualaikum, miza nak share pasal 3 vitamin ni sesuai untuk semua golongan terutama wanita yang sedang hamil, nak hamil, dan wanita selepas bersalin. .



Kenapa miza cakap mcm tu ? .
Wanita yg nak hamil memerlukan antioksidan dlm tubuh badan dan juga folic asid. .

Bagi wanita yg sedang hamil sangat2 memerlukan kalsium tambahan tau kalau x sakit urat la pinggang la.
.
Untuk wanita selepas bersalin pula biasa akan mengalami sembelit yg sangat2 teruk. So ostematrix membantu masalah pelawasan ibu dan dpt juga tambahkan proses susu ibu serta bantu dr segi kebas2 dan sakit belakang
.
.
Oleh itu, wanita sangat digalakkan amalkan 3 suplemen ni tau
.
.
Hadiahkan isteri anda sekurang2nya membantu mereka bekerja dengan selesa.
.
.
Nak dapatkan blh dptkan dari miza
.
.
www.wasap.my/60173645052/shaklee
.

Your Tristed Shaklee Distributor
since 2013
.
.
#vitaminibuhamil #folicasid #alahan #shakleebymummyza #kalsium #tulang #antioksidan #bcomplexbymummyza #VitaCbymummyza #ostematrixbymummyza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...