Saturday 13 January 2018

Nasi Arab Maglubah campur beriani

Assalamualaikum semua.. mummyza pada asalnya nak buat Nasi Arab maglubah tapi cari rempah nasi arab xjumpa2 haha. Yang jumpa rempah nasi beriani. Pon boleh lah. So xtahu nak cakap resepi apa sebenarnya ni haha
.
.
Antara bahan2 A

➡ rempah beriani @ rempah nasi arab
➡ kayu manis, buah pelaga
➡ serbuk lada hitam
➡ rempah kari
➡ serbuk kunyit
➡ serbuk cili

Bahan2 B
Beras 7 pot bersamaan air 1 setengah pot
Ayam potong 4 @ 16 ikut kesesuaian

Antara bahan2 hiasan dalam nasi
➡ bunga kobis
➡ terung
➡ kentang

Cara- cara buat kuah utk masukkan dalam beras

1. Mula2 masukkan semua bahan2 A masak kat api luar dulu anggaran semua 1-2 sudu utk sekali hidangan. Lepas tu ayam yg dah dipotong td ke dlm kuah ni sebelum digoreng.



2. Sambil tunggu kuah tu pekat boleh goreng bunga kobis, terung, kentang yg dah dipotong dadu besar tadi




3. Lepas habis tu toskan ayam dan goreng ayam separuh masak jangan garing sangat


4. Angkat semua yg telah digoreng letak dlm 1 dulang lagi senang



5. Sambil tu basuh beras bersih2, yg ni mummyza guna beras biasa je xsempat nak beli beras basmathi haha. Tapi lagi elok guna beras basmathi la kalau ada bajet lebih .hahaha


6. Sediakan periuk untuk masukkan semua dalam periuk nasi. Miza susun yg dah goreng tadi kentang, terung,bunga kobis bahagian bawah sekali, lepas tu beras, atas dia ayam, beras semula , terung, kentang, bunga kobis lagi dan beras semula. Yang ni akan nampak cantik kalau kita tuang semua sekali dalam dulang 😄😄



7. Lepas da susun semua masukkan kuah td ke dalam periuk ni ikut sukatan 1 pot beras 1.5 pot kuah tadi . Ok agak2 sendiri la ye 😄😄

8. Da siap semua masak dengan HP 12minit sahaja . Lepas tu dah boleh kerja lain pulak kemas2 dapur ke 😅😅 sementara nak tunggu masak kan.



9. Bila da sampai 0.00 tunggu sampai asap semua habis keluar kita steam kan pulak dalam 3minit steam ya. Ha lepas tu dah boleh hidang. Mudahkan kalau family datang ramai mmg sesuai sgt lah guna periuk ni. Dan paling best sebab nasi tu tak melekat langsung ! Xyah rendam2 periuk dah lepas ni u olls 😄😄



10. Haaaa last part potong dadu kecik2 utk sayur timun dan tomato gaulkan bersama hirisan lemon tau. Siap !!

Selamat mencuba 😊😊

====================
Sesiapa berminat nak dapatkan produk shaklee boleh hubungi mummyza juga 😊

Penghantaran percuma terus depan pintu rumah anda

Jalan kebun
Kota kemuning
Bukit naga
Taman medan

Dan kawasan berdekatan dengannya

Pengeposan seluruh semenanjung malaysia, sabah dan sarawak

Pengedar Sah Shaklee
Shaklee by mummyza
017 364 5052

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...