Cara Makan Shaklee

Hari ni miza nak share pula cara pengambilan supplement shaklee ni..nak tahu kenapa? sebabnya…
Ada customer yang tak tahu dan tak faham bila masa yang sesuai..dan ada jgk yang kata tak dapat apa2 kesan yang memuaskan atau dengan kata lain tak jadi pun ambil shaklee ni..
Sebenarnya, ada masa dan ketika yg sesuai untuk digabungkan bagi sesetengah jenis vitamin ni supaya ianya dapat diserap oleh badan dengan baik…
Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?
Miza akan syorkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (selepas makan malam) bagi memudahkan pemprosesan.
SEBABNYA ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).
Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain..
APA YANG TIDAK DIGALAKKAN


1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.


2. JANGAN Mengambil Zinc (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Zinc sudah dilengkapi bersama2 VitaLea.
 Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
Sekiranya korang rasa cara pengambilan vitamin korang sekarang tak ada apa2 kesan yang memuaskan, korang boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas.
Tapi ini adalah cadangan sahaja tau.. Jika xsesuai anda boleh mengubahnya..
JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE
Bagi memudahkan panduan kebanyakan pelanggan, Miza cadangkan waktu pengambilan vitamin Shaklee ni macam ni ye..


Waktu Cadangan Pengambilan

Sebelum Sarapan Pagi - Collagen / vivix / ESP / Cinch


Pagi – B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Tengah Hari –  Alfalfa / Lecithin / Omega
Minum Petang – ESP / Performance / Melashake/ Tea cinch
Makan Malam – Lecithin/Omega/Ostematrix/Vitamin E, Herb-Lax
Supplement Cadangan Pengambilan
Zinc – Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon – Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake – Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Herblax - 3 kali seminggu
Alfalfa – Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP. 
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.
Mudahkan?

Apa-apa pun, jadual pengambilan vitamin dan supplemen ni hanyalah panduan kepada semua namun kesesuaiannya masih bergantung kepada individu..

InsyaALLAH harap dapat membantu semua.. 
"Yang baik dari Allah, Yang buruk dari salah silap saya sendiri"


Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...