Thursday 4 January 2018

Percutian Kuala Terengganu (30.12.17 - 1.1.18)

Assalamualaikum.. bismillahirrahmanirrahim...
.
Alhamdulillah penghujung tahun 2017 berkesempatan bercuti bersama suami dan anak ke Terengganu. Hanya plan beberapa hari je rasa nak bercuti dekat2 pulau ada pantai dan swimming pool sebab nak bagi anak mandi.

Google2 sekali terjumpa la Kuala Terengganu yg ada macam2 tempat menarik dan paling best pantai dia area Pantai Batu Burok.

Kami buat keputusan untuk menginap yg berdekatan pantai. Oleh itu kami pilih Batu burok Beach Resort memnag dekat sangat2 dengan pantai.

Kami gerak dari Jalan kebun shah alam kira2 jam 8.30pagi. Masuk NKVE, DUKE, karak  terus ke Lebuhraya Pantai Timur. Sepanjang perjalanan lengang xbanyak kereta pon . X jem langsung. Tapi ! Jangan laju sangat ada 2 speed track tau. Hati2 😊😊
.
Kami hanya berhenti di hentian PAKA jam 1.00petang utk makan, solat jamak zohor asar . Lepas tu disebabkan kurang stesen minyak kami masuk Exit Dungun. Isi minyak kat dungun dan teruskan perjalanan kira2 sejam lagi untuk sampai ke resort kami.
.
Alhamdulillah kira2 jam 3.30petang jugakla kami sampai. Sampai je check in dulu lepas tu rehat kejap. Dalam pukul 5.30petang kami pergi pantai. Dekat sangat2 resort dengan pantai tau.

Ombak pantai kuat sangat2 sebab tgh musim tengkujuh so xboleh mandi pantai. Best sangat2 kat sini kawasan dia xkotor bersih dan angin kuat masa kami datang. Bila petang2 ni kawasan pantai banyak org jual2, untuk anak2 pulak banyak permainan boleh main. Meriah lah sangat2.

Boleh naik kuda pusing2 pantai sikit je . Lepastu Adha naik kereta pusing2


Banyak sangat2 permainan dia jadi meriah ramai orang datang sini. 

Sepanjang petang tu kami jalan2 pusing pantai je 😊 

Bukan main lagi abah adha dengan adha ye.. 

Bila puas jalan2 pantai kami ke swimming pool pulak. Adha dengan abah dia jela yang mandi . Swimming pool pon ok bersih sebab setiap pagi ada pekerja yg bersihkan kolam.





Puas mandi kami pon blk bilik siap2 untuk solat jamak maghrib isyak pulak. Selesai solat kami cari makan malam area luar resort. Jalan kaki je nak pergi makan xrisau sebab banyak kedai makan kat sini tau.


Saje la try siakap stim dia. Boleh tahan la. Tapi xsama mcm katvtempat sendiri. Hihi sebab kat terengganu ni lebih kepada makanan nasi kerabu, nasi dagang, nasi minyak .


Kalau ada kanak2 sesuai dtg sini byk tempat rekreasi untuk anak2 tau. Lepas tu jalan2 tepi pantai malam2 sejuk dengar ombak kuat sangat2. Rasa tenang je kat sini tempat dia pon bersih tau.

====================
Hari kedua Ahad (31.12.2017)

Hari kedua memang kami berjalan keluar je. Antara tempat2 menarik kat kuala terengganu ni 

Pasar Payang

Kalau siapa pernah pergi pasar siti Khadijah kelantan, ha pasar payang ni lebih kurang la . Kalau nak cari baju tshirt baju batik kan batik semua ada 😅😅 parking dia berbayar minimum 3jam RM1.80 korang rasa lama kan. Tapi kalau dah pusing2 dlm ni xterasa pon dah 3jam haha.

Waterfront

Tempat ni depan sikit dr pasar payang  sini kami puaing2 je meriah time malam kot.


Masjid Kristal


Kami sampai sini dah pukul 1pm so, kami sempat solat jamak zohor dan asar kat sini. Tapi xboleh masuk dlm. Ada ruangan solat kat luar masjid tu.

Alhamdulillah

Taman Tamadun Islam

Nak masuk dalam ni berbayar masa kami pergi ni dewasa RM22.90 seorang ada FREE MEAL, Adha free.

Dalam ni ada banyak binaan masjid2 seluruh dunia. Masa kami dtg ni hujan so xdpt lama sangat kat sini

Antara masjid2 yg ada




Selesai lawat2 kat sini kami terus gerak ke perkampungan losong utk servey keropok losong xbeli dulu sebab nak beli masa nak balik nnt hihi. Perkamoungan losong dengan tamadun islam ni xjauh dah

Habis dari kampung losong kami terus ke Masjid Terapung pula, ha Masjid Terapung ni jauh sikit lah kena lalu depan resort kami mcm nak patah balik ke kuantan. 


Masjid Terapung



Masa ni adha dah tidur so mak pak dia je bergambar haha. Alhamdulillah berkesempatan solat sunat, mengaji sikit dan iktikaf di sini dalam sejam setengah jugak . Allah tenang rasa.. dan toilet dia bersih sangat2 ! 

Alhamdulillah.. hujan masih renyai-renyai kat sini. Dah petang kami terus balik ke resort sambil jalan2 tepi pantai 😊😊

Malam mcm biasa lah lepas solat jamak maghrib isyak kami jalan2 tepi pantai sambut tahun baru kat sini makan malam pon kat sini je jalan kaki je. Malam tahun baru angin kuat sangat2 sejuk yg amat. Ombak pantai yg sangat kuat berdebar rasa. Tapi yakin Allah ada in sha allah x ada apa2.

==================================

Hari ketiga Isnin (1.1.2018)

Alhamdulillah selamat tahun baru dari kami bertiga 😊 (Adha, abahAdha, mummyAdha) hihi

Pagi2 lagi kami dah siap2 ke Pasar payang semula nak beli barang2 utk kali terakhir bestnya sebab dekat ngn resort . Lepas tu kami ke Kampung Losong beli losong utk sedara mara utk bawa balik. 

Kami check out pukul 12.00pm sebelum balik mesti lah bergambar dekat pantai kan! Hihi



Alhamdulillah tamat dah percutian 3 hari 2 malam. Tapi ada banyak tempat rupanya miza xsempat pergi mcm warong pok nong yg ada ikan goreng tepung, bayam goreng tepung, Kalau tanya miza nak pergi terengganu lagi ke? Off cos lah nak pergi lagi2 pantai dia yg cantik dan bersih keadaan persekitaran yg bersih tiada sampah sarap dan paling penting sangat2 tenang.  

Semoga perkongsian ini membantu sahabat2 untuk mencari tempat percutian yang menarik di kuala terengganu 😊😊

Sekian terima kasih 😊
=============================================

Ada sesiapa mencari suplemen shaklee ? Boleh sms @ whatsapp miza juga
.
Pengedar dan pengguna shaklee
Siti hamizah
017 364 5052

#shakleebymummyza #adhaketerengganu #alhamdulillah






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...