Thursday 17 September 2015

Tanda-tanda Bersalin Anak Pertama

Saya bersalin pada 38 minggu 2hari awal dari due date. Apa yang saya boleh kongsi serba sedikit berkenaan tanda bersalin anak lelaki adalah

1. Sakit contraction
Setengah orang akan rasa sakit di bawah perut macam senggugut sejam atau 30 minit. Yang itu mungkin baby comel belum nak keluar. Antara tanda yang paling hampir untuk bersalin adalah kekerapan sakit setiap 5 minit. Anda boleh perhatikan jam dinding kekerapan sakit anda. Sakit itu selama 30saat ke 90 saat. Biasanya kalau pergi check doktor bukaan dah 2cm. Kalau lebih kena bersiap sedia mungkin anda dah nak bersalin.

2. Keluar lendir @ darah dari vagina
Saya setelah sakit contraction tu kuar darah bila buang air. Ha..bila keluar darah tu memang da dekat nak bersalin dan bukaan pon semakin besar. Segera ke hospital.

3. Pecah Air Ketuban
Macam saya, air ketuban pecah semasa dah baring kat katil nak bersalin.huhu.. Airnye keluar laju mcm air sungai. Haha.. Ni pon tanda paling hampir nk bersalin. Segera ke hospital kalau air ketuban pecah di rumah.

4. Baby ke "bawah"
Yang ni kita dapat rasa antara bawah dada dan perut blh letak tgn kita. Da rasa ringan dan kosong kat situ. Ha mungkin anda akan bersalin sehari ke dua hari lagi. Macam saya rasa kosong kt situ. Esoknya da bersalin.haha..

5. Kaki bengkak
Kaki saya mula nampak besar dan bengkak selepas balik dari ekspo Pureen kat Glenmarie. Mana x nya parking kereta dekat 2km jauhnya.. Berjalan pergi dan balik dekat 5km. Huh! Penangan ekspo baby. Balik rumah esoknya kaki start bengkak.haha. Ha ni pon tanda dah hampir bersalin tau.

6. Sakit pinggang dan kejang kaki
Selama seminggu sebelum bersalin memang bakal ibu akan alami sakit pinggang dan kejang kaki. Bila dah hampir sangat sakit tu makin kerap. Nak bangun dari katil pon ya Allah punyalah payah. Sampai kne minta bantuan suami untuk bangun kan.

7. Kerap buang air
Bila baby dah semakin ke bawah. Dia akn menolak pundi kencing ibu. Menyebabkan ibu akan semakin kerap ke toilet. Selalunya berlaku seminggu sebelum nak bersalin. So ibu2 da boleh bersedia nya..

Oklah. Serba sedikit perkongsian tanda bersalin yang saya pernah alami untuk anak lelaki pertama saya. Nak tahu cara saya mengawalnya? Nanti saya share lagi 😊


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...