Saturday, 11 October 2014

ISU ISRAEL & SHAKLEE


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua dan selamat berhujung minggu.

Pada hari ahad ini bersamaan 12 Oktober 2014 / 17 Zulhijjah 1435H mesti ramai yang sedang beristirehat dengan keluarga masing-masing. Terdapat juga yang menghadiri kondangan (majlis perkahwinan) kan. :) Dah makan dan tambah kolesterol tu jangan lupa add on supplement tau :) Semoga diberi kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah dan lain-lain. 


Ramai yang membalas komen dengan menyatakan Supplement Shaklee banyak membantu mereka kekal sihat dan lebih bertenaga sekarang ini. Ok. baru-baru ini, ramai yg pm saya bertanyakan berkenaan Adakah Shaklee ni ada kaitan dengan ISRAEL?.


Saya bukanlah alim @ ustazah, saya cuma menyampaikan kepada umum dan menjelaskan sedikit info berkaitan ISU ISRAEL & SHAKLEE ini. Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya. Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu menyekat ekonomi USA yang mana menjadi “sahabat karib” kepada israel yang sedang menyerang Gaza tanpa henti.


Antara petikan Sekitar dialog antara Aqsa Syarif dan McD

Pengurusan MCD Malaysia juga bertanya mengapa tidak boikot syarikat Amerika yang lain. Kata Prof Madya Dr Hafidzi, kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika, bahkan Aqsa Syarif tidak boikot syarikat Yahudi kerana ia milik orang yahudi. Aqsa Syarif boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan Israel- sebuah regim yang zalim-tanpa mengira itu milik umat Islam.

Nak tahu lebih lanjut boleh terus baca di blog Master Zahirah& Hafizan. Beliau banyak sharing berkenaan isu ini dan beliau juga mengambil pendapat Ustaz Zaharudin.

Antara kesimpulan dari hujah Ustaz Zaharudin adalah

Kesimpulan umum :
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.
_____________________________________________________________________________



Itu bermakna, KHAS untuk kupasan bagi SHAKLEE,
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup
   >>>>>Shaklee miliki sijil halal yang SAH, lesen pon yang SAH. ISA (Islamic Services of America) adalah pertubuhan yang memberikan halal kepada produk USA.

Sijil Halal Shaklee 2014
SIJIL HALAL SHAKLEE 2014


b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,

 >>>Shaklee patuh kepada syariah. 

c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

>>>> tiada berkaitan dengan Shaklee atau produk lain daripada pihak kerajaan secara terus. 

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
>>> Shaklee MENAFIKAN ada kaitan dengan Israel 
>>> Shaklee  TIDAK MENYATAKAN sebarang kaitannya dengan israel
Shaklee menafikan keterlibatannya dengan Israel
Penyataan dari Shaklee-1

Shaklee Tiada Kaitan dengan Israel
Penyataan dari Shaklee-2



Shaklee Tiada Kaitan dengan Israel
Penyataan dari Shaklee-3
Penerangan di atas memang terang-terang menunjukkan Shaklee memenuhi ketiga2 sebab kenapa tidak perlu diboikot produk ini…penerangan ini diambil terus dari blog ustaz zaharudin.
Harap dengan sedikit penerangan ini dapat menjelaskan kepada semua berkenaan isu ini.Wallahu'alam.

Credit to:
 http://zahirahhafizan.com/2014/08/sudah-sampai-masakah-untuk-memboikot-shaklee.html
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html
https://www.facebook.com/ikram.malaysia/posts/100434120141204


Insya-ALLAH

Senior Supervisor
Siti Hamizah&Mohd Sabri
017-364 5052
mummyzavitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...