Saturday 10 June 2017

Cara buat Shell Out simple

Alhamdulillah semalam 15 ramadhan 1438H dapat berbuka bersama keluarga mertua dan adik beradik. Bila kumpul ramai2 mulah nak cari menu yang best kan ! Adik ipar bagitau nak masak shell out ! Waaaa teruja jugaklah sebab memang suka shell out. Kalau makan kat kedai memang bajet boleh cecah RM300 kot makan satu family !
.
Tapi bajet kami bawah RM100 je jimat banyak pulak tu kan. Hihi
.
Mula lah sesi membasuh seafood2 yang ada ketam, udang, lala, udang biasa, udang galah, kerang. Sambil tu potong2 sayur jugak .
.
Bermulah Cara Buat Shell Out Simple di rumah
.
Bahan A untuk dikisar1. Segenggam Udang kering direndam
2. 20 biji cabai kering direndam
3. 10 ulas bawang putih
4. 15 biji bawang merah
5. 2 biji bawang besar
6. 1 inci halia
7. 1 inci belacan

Bahan B untuk ditumis1. 5 tangkai daun kari
2. 6 ulas bawang putih dipotong halus
3. 6 biji bawang merah dipotong halus
4. 2 sudu mentega
5. 2 sudu minyak masak
6. 3 batang serai dititik
7. 1 inci halia dipotong halus

Bahan C1. 3 sudu serbuk kari ikan
2. 2 sudu sos tiram
3. 1 sudu teh serbuk lada hitam
4. 1 kiub pati ayam
5. 2 sudu sos ikan
.

Cara-caranya:1. Bahan B ditumis dalam kuali sehingga garing.
2. Kemudian masukkan Bahan A dan masak sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu campurkan Bahan C dan masak sehingga mendidih.
4. Jangan lupa tambah gula dan garam secukup rasa.
=============
Cara-caranya:1. Masakkan air sehingga mendidih.
2. Kemudian baru masukkan kesemua lauk di atas ke dalam air mendidih selama 5 minit.
3. Lepas tu lauk-pauk tadi bolehlah digoreng semula dengan kuah shellout yang dah siap atau pun tuang jer kuah tu atas lauk.

**Sayur Brokoli, lobak merah dan jagung hendaklah direbus asing dan hidangkan bersama lauk pauk tadi.



Dah siap masak tu toskan dan asingkan kuahnya nak campur sekali pon boleh tau . Susun sayur2 semua tepi2 tu. Perah limau . 
Puas hati sebab dapat buat. Lepas ni boleh buat lagi 😅😅
Haaaa cik abg akak makcikpakcik yang takut makan seafood tu jangan risau, ambil #setgout pulak #omegaGuard, Performance Drink
.SELAMAT MENCUBA 😊😊

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...