Tuesday 27 January 2015

Beza Low HB dengan Low BP

(Anemia @ Low HB) dgn Tekanan Darah Rendah (Hypotension @ Low BP)

Assalmualaikum!


Biasa dengar kan term 'Low Hb'  dan 'Low BP'?

Siapa tahu apa beza antara dua kondisi di atas? Adakah anda seperti saya yang pernah keliru antara dua keadaan tersebut?? Kalau ya, mari saya terangkan apa bezanya. 

Sebagian besar masyarakat biasanya menganggap anemia dan tekanan darah rendah (hipotensi) adalah kondisi yang sama. Meskipun gejala yang timbul hampir sama, tapi dua kondisi ini sebenarnya berbeza.

Salah satu kesalahfahaman yang diyakini masyarakat adalah seseorang yang memiliki hipotensi pasti berfikir ia mengalami anemia juga. Sedangkan kedua-dua kondisi ini tidak selalu saling berkait.

Anemia (Kekurangan Darah)


Anemia @ Low Hb dikaitkan dengan jumlah sel darah merah dalam tubuh.
Anemia adalah suatu keadaan di mana seseorang tidak mempunyai sel darah merah sihat yang cukup untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia turut dikaitkan dengan tahap hemoglobin (Hb) dalam darah.

Hemoglobin adalah komponen darah merah yang membawa oksigen, dan sangat penting peranannya dalam mengedarkan oksigen ke sel-sel di seluruh tubuh. Banyak faktor yang dapat menyebabkan berkurangnya haemoglobin pada anda. Antara lain adalah pendarahan, kekurangan zat besi, vitamin tertentu, sel darah yang menghancurkan sendiri dan banyak lagi.

Anemia dikesan melalui ujian darah, seperti yang biasa dibuat ke atas ibu hamil. Bagi ibu hamil, paras hemoglobin (Hb) yang normal adalah 12mg/dl.

Antara tanda-tanda yang anda mengalami kekurangan darah adalah letih dan lesu. Gejala lain juga seperti sakit kepala, sulit berkonsentrasi, sampai emosional. Bagi kes anemia yang teruk, ia boleh membuat anda pucat, kuku rapuh, pusing, bahagian putih mata anda menjadi kebiruan, sesak nafas.

Hipotensi (tekanan darah rendah)




Tekanan darah rendah dapat diukur melalui bacaan tekanan darah.
Tekanan darah setiap orang dikawal sistem tersendiri yang membabitkan kawalan utama di otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah menyebabkan situasi yang stabil membolehkan aliran darah yang berpatutan ke organ dalam badan. Tekanan darah yang normal ialah lebih kurang 90-120 mmHg pada tahap sistolik dan diastoliknya ialah antara 60-80 mmHg. Ada orang yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan tidak mengalami masalah kerana ini adalah keadaan normal untuknya.

Jika tekanan darah rendah, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang yang sudah rendah tekanan darah tidak dapat memberi respons yang sepatutnya dan akan mengalami simtom yang tersebut diatas.

Antara penyebab tekanan darah yang rendah termasuk kekurangan volum darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika pembedahan, dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan boleh berlaku dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam tinggi. Masalah jantung seperti kadar jantung yang rendah atau terlalu cepat, otot-otot jantung yang lemah boleh menurunkan tekanan darah.


Adalah sukar untuk bezakan antara Anemia dan Tekanan darah rendah berdasarkan simptom-simptom yang dialami semata-mata. Adalah terbaik untuk merujuk kepada pakar perubatan supaya ujian yang sepatutnya dapat dilakukan bagi mengenalpasti sama ada anda mengalami anemia atau tekanan darah rendah.


Credit to: http://hebatkan.blogspot.com

Untuk Pesanan boleh KLIK SINI


Shaklee Independent
Siti Hamizah
SID : 1086169
Whatsapp/SMS: 017 - 3645052
Blog : mummyzavitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...