Tuesday 27 January 2015

Tekanan Darah rendah semasa mengandung

DARAH RENDAH SEMASA MENGANDUNG



Tidak dinafikan, ramai ibu mengandung yang memandang rendah kepentingan pengambilan suplemen Iron ketika hamil, walaupun tahu diri kurang mampu untuk mendapatkan sumber zat besi dari pemakanan harian - samaada kerana loya/ kurang selera makan, ataupun terlalu memilih makan. Malah, ramai wanita mengandung juga menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh.
Namun apakah benar sedemikian?

Persepsi itu salah kerana kajian menunjukkan satu bagi setiap tiga wanita yang mengalami simptom sebegitu sebenarnya mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan saja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi. Di Malaysia, 35 peratus wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya kaum India dan Melayu manakala 47.5 peratus wanita luar bandar disahkan anemia ketika lawatan antenatal pertama.

Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi. Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan.

Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit. Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi. Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.

Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja. Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya, katanya.

Bagi wanita hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl. Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit. Ketahuilah bahawa vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan. Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum.

Pengambilan makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sehingga enam bulan selepas melahirkan.

Anemia kekurangan darah biasa dialami: 

* Penduduk luar bandar
* Ibu kembar
* Ibu kerap hamil
* Vegetarian
* Remaja
* Perokok
* Penghadaman terganggu

Makanan MEMBANTU penyerapan zat besi dalam darah:
* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka


Makanan MERENCAT penyerapan zat besi dalam darah:
* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine


Jika anda ingin mencuba ataupun memilih suplemen Shaklee sebagai makanan tambahan anda sepanjang kehamilan, kami mencadangkan pengambilan Vita-Lea Iron Formula dua kali sehari, terutama bagi anda yang mengalami masalah Hb rendah.





Namun, untuk set vitamin yang lebih lengkap, kami mencadangkan pengambilan set lengkap kehamilan (Set Hamil) yang mengandungi:

(1) Vita-Lea Iron Formula
(2) B-Complex with Folic Acid
(3) Sustained Release Vita-C Plus
(4) OsteMatrix (Calcium, Magnesium, Vitamin D and more)
(5) ESP


Credit : SoalJawabJomHamil

Sebarang pertanyaan & Pesanan KLIK SINI!

Whatsapp/sms saya pengedar anda.

Siti Hamizah
SID : 1086169
017 - 364 5052
Blog : mummyzavitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...