Wednesday 20 January 2016

Hamil bersama Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan nikmat kesihatan dan dilimpahkan rezeki. Topik hari ni mummyza nak share adalah berkenaan kehamilan. Rezeki dikurniakan zuriat adalah dengan izin Allah. Allah juga menguji kita sejauh mana usaha dan kesabaran kita bersama pasangan di saat menanti saat untuk hamil.

Perkongsian mummyza adalah berkenaan setkesuburanshaklee. Penantian selama 2tahun membuatkan ramai pasangan panik kerana masih tidak dikurniakan cahaya mata. Pelbagai usaha telah diambil dan membuatkan stress bila orang sekeliling bertanya. Yela bukan kita x usaha kan. 

Suatu hari saya terbaca entry berkenaan ingin hamil dengan setkesuburanshaklee. Oh shaklee ada setkesuburan? Terus lah google2 kat internet. Oh ramai juga berjaya hamil dengan set ni. Why not mencuba kan?

Saya mula kenal shaklee adalah dengan setkesuburanshaklee dan terus mendaftar sebagai ahli sebab mmg nak consume shaklee sampai hamil. 

Saya mula menggamalkan setkesuburanshaklee sejak awal januari 2014 dan konsisten dengannya. Permulaan hanya membeli set asas dan dari bulan ke bulan baru lah saya tambah kesemua produk yg ada untuk hamil. Dan dari situ saya juga boleh mengumpul balik bonus. Dengan duit bonus tu juga saya tambah produk yg dah habis. 

Selain mengamalkan setkesuburanshaklee, saya juga mengamalkan bacaan zikir dan surah2 berkaitan, mengurut di merata tempat, minum susu kambing, menyapu krim dan lain-lain berkaitan. Ye bukan mudah, saya tahu anda juga pasti dah cuba macam2 kan utk hamil.

Ya. Konsisten dengan shaklee cepat atau lambat Allah pasti bagi. Genap setahun penggunaan setkesuburanshaklee saya disahkan hamil pada januari 2015. Allahuakbar hanya Allah yg tahu perasaan masa tu. Genap juga usia perkahwinan kami 3tahun. 

Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik dan bila masa yg terbaik. Sentiasa berdoa dan usaha dan yakin dengan Allah. 

In sha Allah saya doakan anda yg ingin hamil juga dikurniakan cahaya mata seperti yg diidamkan. Yang penting usaha ye jgn pernah berhenti dan jgn putus asa. 😊

Jika anda memerlukan konsultasi saya sedia membantu. Saya bukanlah seorang pakar tetapi saya ingin sama2 membantu anda. 

Saya pengguna dan pengedar Shaklee

Hasil Nukilan
Siti Hamizah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...