Monday 2 May 2016

Simptom bayi sembelit dan Cara Atasi

Isnin | 3 Mei 2016
Jom kenali simptom bayi sembelit dan cara untuk mengatasinya.
...............................


Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan. Sembelit mungkin menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal.Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.
Sebelum anda mengesyaki sembelit, anda perlu mengenali simptom-simptom. Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, mereka jarang mengalami sembelit walaupun bayi anda diberikan susu formula.
Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan. Doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.
Simptom-Simptom Sembelit Bayi
  • Meragam, sakit abdomen dan gastrik.
  • Abdomen yang keras.
  • Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.
  • Luka di dubur yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis.
  • Najis yang berketul-ketul.
Jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.
Rawatan
Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan. Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prune yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prune.
Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.
Cara-cara yang boleh membantu:
  • Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
  • Jika bayi memakan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.
Kesimpulan
Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal. Ini kerana badan bayi baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan bayi akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap.
................................
Shaklee Independent
Id: 1086169
Pengedar Sah Selangor
Page : Mummyzavitamin Official
.................................



Credit to page : 
Read more: http://www.wom.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...